Followers

Thursday, January 26, 2012

Jadual Perlawanan Liga Super Sabah FA 2012




Kepada peminat-peminat Sukan Bola Sepak Tanah Air Berikut adalah merupakan Jadual Perlawanan Liga Super Sabah FA 2012 yang akan/telah diadakan di tempat dan masa seperti dibawah ini. Bagaimanapun Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada FAM.

Pusingan I:
  • 10 Jan : vs Felda United, Std Hang Jebat, Melaka jam 4.45 ptg
  • 14 Jan : vs Sarawak, Std Likas, jam 8.15 mlm
  • 17 Jan : vs TTeam, Std Sultan Nasiruddin Shah, jam 4.45 ptg
  • 21 Jan : vs Lions XII FC, Std Likas, jam 8.15 ptg
  • 28 Jan : vs PKNS, Std MBPJ, jam 8.45 mlm
  • 7 Feb : vs Kelantan, Std Likas jam 8.15 mlm
  • 11 Feb : vs Kedah, Std Darulaman, jam 8.45 mlm
  • 14 Feb : vs KL, Std Likas, jam 8.15 mlm
  • 3 Mac : vs Johor FC, Std Likas, jam 8.15 mlm
  • 17 Mac : vs Terengganu, Std Sultan Nasiruddin Shah, jam 4.45 ptg
  • 31 Mac : vs Selangor, Std Likas jam 8.15 ptg
  • 7 April : vs Negeri 9, Std Paroi, jam 8.45 ptg
  • 14 April : vs Perak, Std Likas, jam 8.15 ptg
  • Pusingan Kedua
  • 17 April : vs Perak, Std Ipoh, jam 8.45 ptg
  • 5 Mei : vs Felda, Std Likas, jam 8.15 ptg
  • 12 Mei : vs Sarawak, Std Negeri, Kuching jam 8.15 mlm
  • 15 Mei : vs TTeam, Std Likas, jam 8.15 mlm
  • 16 Jun : vs Lions XII FC, Std Jln Besar, jam 7.45 mlm
  • 19 Jun : vs PKNS, Std Likas, jam 8.15 mlm
  • 23 Jun : vs Kelantan, Std Sultan Muhamad IV, 8.45 mlm
  • 26 Jun : vs Kedah, Std Likas, 8.15 mlm
  • 30 Jun : vs K. Lumpur, Std Hang Jebat, 4.45 ptg
  • 3 Jul : vs Johor FC, Std Majlis Perbandaran Johor Bahru, jam 8.45 mlm
  • 7 Jul : vs Terengganu, Std Likas, jam 8.15 mlm
  • 10 Jul : vs Selangor, Std Bukit Jalil, jam 8.45 mlm
  • 14 Jul : vs Negeri 9, Std Likas, jam 8.15 mlm


Mari Sokong Bola Sepak Tempatan! 

Tuesday, January 24, 2012

Rahsia Kejayaan Wanita Israel untuk Kecerdasan Anak

MUNGKIN anda sudah pernah membaca pelbagai artikel dan tulisan mengenai kajian Dr Stephen Carr Leon yang meneliti mengapa anak-anak di Israel tumbuh menjadi manusia cerdas dan pintar di antara manusia lain di dunia ini. Ternyata kunci kejayaan terdapat pada cara para ibu merawat anak mereka selama masih dalam kandungan.

Mari kita lihat kembali, bagaimana kebiasaan yang mungkin dianggap aneh oleh orang dibelahan dunia lainnya itu, menjadi kunci utama lahirnya kecerdasan kanak-kanak dan maha bijaksana perkembangan negara akibat cara yang tidak pernah terpikirkan tersebut.

Selama mengandung, para ibu sering menyanyi, bermain piano serta membeli buku matematik dan menyelesaikan soal bersama suaminya. Hal ini dilakukan kerana mereka percaya anak mereka akan tumbuh menjadi seorang genius.


Para ibu memakan menu utama harian roti dan ikan tanpa kepala bersama salad kacang badam dan kurma susu. Bahkan mengambil beberapa pil minyak ikan. Mereka percaya daging ikan sumber perkembangan otak (tanpa kepala yang dianggap tidak baik kerana mengandungi kimia) 

Berbeza dengan kebiasaan cara makan di negara-negara lain, mereka akan makan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk. Akibatnya lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Mereka mengutuk keras sesiapa yang menghisap rokok. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen. Ertinya, keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh). Hasilnya sungguh menakjubkan, dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak. Ada yang mengatakan pencipta rokok adalah orang dari bangsa Yahudi, tapi mereka sendiri tidak menghisap rokok malahan mengutuk keras sesiapa yang menghisap rokok. Kenapa begini? rupa rupanya mereka sudah tahu merokok boleh merosakkan sel utama pada otak manusia.

Rata rata mereka memahami tiga bahasa, Hebrew, Arab dan Inggeris. Sejak kecil mereka telah dilatih bermain piano dan biola. Ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ. Sudah tentu bakal menjadikan kanak-kanak pintar.

Setelah beberapa rahsia berjaya ketika masa mengandung, Dr Stephen Carr Leon memperlihatkan bahawa pada masa sekolah, anak-anak ini akan diarahkan ke pelbagai pelajaran asas yang penting untuk pertumbuhan kecerdasan mereka.

1. Di kelas 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan.

Pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.

"Perbandingan dengan anak anak di California, dalam peringkat IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!" Kata Stephen.

2. Pelajaran sukan menjadi hal yang begitu penting, terutama memanah, menembak dan berlari. Hal itu dipercayai kerana dapat melatih otak memfokus.

Disamping itu menembak sebahagian daripada persiapan untuk membela negara.

3. Di sekolah tinggi (menengah) murid-murid ditempa dengan pelajaran sains dan digalakkan untuk mencipta produk. Hebatnya, meskipun projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius.

Apa lagi kalau yang diteliti itu berupa senjata, perubatan dan teknik. Idea itu akan dibawa ke peringkat lebih tinggi.

4. Fakulti ekonomi menjadi keutamaan. Para pelajar menguasai ilmu mereka dengan konsentrasi yang penuh terhadap bidang ekonomi.

Di akhir tahun di universiti, pelajar dikehendaki melakukan projek dan perlu mempraktikkannya.

Hingga saat ini belum ada perbandingan cara mengasuh anak untuk kecerdasan mana-mana yang boleh dijadikan rujukan lain sekompeten yang wanita Israel miliki, melalui kajian Dr Stephen Carr Leon. Cara mereka boleh menjadi acuan, atau sekurang-kurangnya salah satu rujukan yang diutamakan jika anda mahukan anak anda tumbuh menjadi cerdas dan kuat.

Monday, January 23, 2012

Pasukan Bola Sepak SIBPM 2011

Mendapat tempat sebagai Pasukan Memberkati / Terbaik sempena Kejohanan Bola sepak Anjuran SIB Indah Permai bagi Tahun 2011 yang diadakan di padang bola sepak Yayasan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. 

Pengorbanan Yang Indah

 


Musim hujan sudah berlangsung selama dua bulan sehingga di mana-mana pepohonan tampak menjadi hijau. Seekor ulat menyeruak di antara daun-daun hijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa kabar daun hijau!!!" katanya. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang.

"Oo, kamu ulat. Badanmu kelihatan kecil dan kurus, mengapa?" tanya daun hijau.

"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bisakah engkau membantuku sobat?" kata ulat kecil.

"Tentu ... tentu ... mendekatlah ke mari."

Daun hijau berpikir, jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau, hanya saja aku akan kelihatan belobang-lobang, tapi tak apalah

Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau. Setelah makan dengan kenyang, ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan bagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlobang di sana sini, namun ia bahagia bisa melakukan bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Apa yang terlalu berarti di dalam hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit saja bagi sesama? Toh akhirnya semua yang ada akan binasa. Daun hijau yang baik mewakili orang-orang yang masih mempunyai "hati" bagi sesamanya.

Yang tidak menutup mata ketika melihat sesamanya dalam kesulitan. Yang tidak membelakangi dan seolah-olah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak minta tolong.

Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri. Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah..

Ketika berkorban, diri kita sendiri menjadi seperti daun yang berlobang, namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita. Kita akan tetap hijau, Allah akan tetap memberkati dan memelihara kita.

Bagi "daun hijau", berkorban merupakan satu hal yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya bisa tersenyum karena pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya karena menyadari bahwa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai daun hijau. Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah hidup kita, hidup ini hanya sementara kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik: kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.

Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Dalam banyak hal kita bisa berkorban.

Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka, memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang bisa dilakukan. Jangan lupa bahwa kita pernah menerima pengorbanan yang tiada taranya dari Yesus hingga kita bisa diselamatkan seperti sekarang ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...