Followers

Showing posts with label kejayaan. Show all posts
Showing posts with label kejayaan. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

Rahsia Kejayaan Wanita Israel untuk Kecerdasan Anak

MUNGKIN anda sudah pernah membaca pelbagai artikel dan tulisan mengenai kajian Dr Stephen Carr Leon yang meneliti mengapa anak-anak di Israel tumbuh menjadi manusia cerdas dan pintar di antara manusia lain di dunia ini. Ternyata kunci kejayaan terdapat pada cara para ibu merawat anak mereka selama masih dalam kandungan.

Mari kita lihat kembali, bagaimana kebiasaan yang mungkin dianggap aneh oleh orang dibelahan dunia lainnya itu, menjadi kunci utama lahirnya kecerdasan kanak-kanak dan maha bijaksana perkembangan negara akibat cara yang tidak pernah terpikirkan tersebut.

Selama mengandung, para ibu sering menyanyi, bermain piano serta membeli buku matematik dan menyelesaikan soal bersama suaminya. Hal ini dilakukan kerana mereka percaya anak mereka akan tumbuh menjadi seorang genius.


Para ibu memakan menu utama harian roti dan ikan tanpa kepala bersama salad kacang badam dan kurma susu. Bahkan mengambil beberapa pil minyak ikan. Mereka percaya daging ikan sumber perkembangan otak (tanpa kepala yang dianggap tidak baik kerana mengandungi kimia) 

Berbeza dengan kebiasaan cara makan di negara-negara lain, mereka akan makan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk. Akibatnya lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Mereka mengutuk keras sesiapa yang menghisap rokok. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen. Ertinya, keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh). Hasilnya sungguh menakjubkan, dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak. Ada yang mengatakan pencipta rokok adalah orang dari bangsa Yahudi, tapi mereka sendiri tidak menghisap rokok malahan mengutuk keras sesiapa yang menghisap rokok. Kenapa begini? rupa rupanya mereka sudah tahu merokok boleh merosakkan sel utama pada otak manusia.

Rata rata mereka memahami tiga bahasa, Hebrew, Arab dan Inggeris. Sejak kecil mereka telah dilatih bermain piano dan biola. Ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ. Sudah tentu bakal menjadikan kanak-kanak pintar.

Setelah beberapa rahsia berjaya ketika masa mengandung, Dr Stephen Carr Leon memperlihatkan bahawa pada masa sekolah, anak-anak ini akan diarahkan ke pelbagai pelajaran asas yang penting untuk pertumbuhan kecerdasan mereka.

1. Di kelas 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan.

Pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.

"Perbandingan dengan anak anak di California, dalam peringkat IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!" Kata Stephen.

2. Pelajaran sukan menjadi hal yang begitu penting, terutama memanah, menembak dan berlari. Hal itu dipercayai kerana dapat melatih otak memfokus.

Disamping itu menembak sebahagian daripada persiapan untuk membela negara.

3. Di sekolah tinggi (menengah) murid-murid ditempa dengan pelajaran sains dan digalakkan untuk mencipta produk. Hebatnya, meskipun projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius.

Apa lagi kalau yang diteliti itu berupa senjata, perubatan dan teknik. Idea itu akan dibawa ke peringkat lebih tinggi.

4. Fakulti ekonomi menjadi keutamaan. Para pelajar menguasai ilmu mereka dengan konsentrasi yang penuh terhadap bidang ekonomi.

Di akhir tahun di universiti, pelajar dikehendaki melakukan projek dan perlu mempraktikkannya.

Hingga saat ini belum ada perbandingan cara mengasuh anak untuk kecerdasan mana-mana yang boleh dijadikan rujukan lain sekompeten yang wanita Israel miliki, melalui kajian Dr Stephen Carr Leon. Cara mereka boleh menjadi acuan, atau sekurang-kurangnya salah satu rujukan yang diutamakan jika anda mahukan anak anda tumbuh menjadi cerdas dan kuat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...