Followers

Showing posts with label Menambahbaiki proses pengecutan otot. Show all posts
Showing posts with label Menambahbaiki proses pengecutan otot. Show all posts

Monday, March 12, 2012

Penting Memanaskan Badan sebelum Bersenam/Bersukan


Kenapa perlu memanaskan badan sebelum memulakan bersenam/bersukan?

Sesi pemanasan badan adalah sangat penting sebelum untuk memulakan apa sahaja aktiviti yang agak lasak. Tidak kira untuk aerobik ka, menari ka ataupun bersukan, sesi pemanasan badan adalah sangat penting. Berikut adalah antara kepentingan untuk kita memanaskan badan sebelum bersenam. 

Meningkatkan suhu badan
Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot.

Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot
Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.

Menambahbaiki proses pengecutan otot
Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak.

Merangsang transmisi atau pengaliran saraf
Ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu pergerakan sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan.

Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal
Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti.

Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan
Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga.

Sekarang anda sudah tahu kenapa penting melakukan pemanasan badan sebelum bersukan atau bersenam. Jadi jangan lupa lakukan Warm up ok? ^_^ ....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...